Latar Belakang Irma Grese

Irma Grese merupakan anak kepada Alfred Grese dan Berta Grese. Ayahnya merupakan pekerja ladang tenusu dan ahli parti Nazi semenjak 1937 manakala ibunya telah membunuh diri pada tahun 1936. Irma Grese mempunyai 4 orang adik-beradik. Beliau telah berhenti sekolah pada tahun 1938 ketika berumur 15 tahun, mempunyai pencapaian akedemik yang lemah dan menjadi mangsa buli di sekolah oleh rakan sekelasnya. Irma Grese juga leka dengan Kesatuan Perempuan Jerman (Bund Deutscher Mädel), iaitu organisasi belia Nazi bagi perempuan, walaupun bapanya tidak merestuinya.

Pelbagai Kerjaya

Selain daripada bekerja sambilan, beliau juga bekerja sebagai pembantu jururawat di sanatorium SS selama dua tahun namun tidak berjaya dalam cubaan untuk mencari menjadi jururawat. Irma Grese kemudian bekerja sebagai pembantu ladang tenusu. Berikut merupakan testimoni oleh Irma Grese sendiri, yang direkodkan ketika siasatan secara langsung berhubung dengan latar belakang hidupnya;


"Saya lahir pada 7 Oktober 1923. Pada tahun 1938, saya telah berhenti sekolah dan bekerja selama enam bulan di bahagian agrikultur di sebuah ladang, kemudian saya bekerja di sebuah kedai di Luchen selama enam bulan. Ketika saya berumur 15 tahun, saya telah pergi ke hospital di Hohenluchen, di mana saya menetap selama dua tahun. Saya cuba untuk menjadi jururawat tetapi tidak dibenarkan oleh jabatan penempatan pekerjaan dan saya telah dihantar untuk bekerja di ladang tenusu di Fürstenburg. Dalam bulan Julai 1942, saya sekali lagi cuba menjadi jururawat namun Pejabat Pekerjaan telah menghantar saya ke Kem Tumpuan Ravensbrück walaupun saya telah membantah. Saya kekal di sana sehingga Mac 1943, apabila saya pergi ke Kem Birkenau di Aushcwitz. Saya kekal berada di Auschwitz sehingga Januari 1945."

Kerjaya di Kem Tumpuan

Setelah menamatkan latihan dalam bulan Mac 1943, Irma Grese telah dipindahkan ke Auschwitz sebagai pengawal perempuan dan menjelang hujung tahun 1943, beliau menjadi Penyelia Senior, iaitu pangkat kedua tertinggi bagi wanita di kem tersebut dan bertanggungjawab ke atas lebih kurang 300,000 tahanan perempuan Yahudi.Dalam bulan Januari 1945, Irma Grese kembali seketika ke Ravensbrück sebelum menamatkan kerjanya di Bergen-Belsen sebagai Pengurus Servis Kerja dari bulan Mac hingga April, lalu ditangkap oleh tentera British pada 17 April 1945 bersama dengan staff-staff SS lain yang tidak meninggalkan tempat tersebut.